Showing posts with label my day... Show all posts
Showing posts with label my day... Show all posts

Saturday, 22 June 2013

..Tweet-Tweet..

Oh Mak Aiii !!!!

sudah lepas setengah tahun baru reti meng-hupdate blog..
ini bukan tahap bersawang ni cik kak, batu kapur pun boleh terbentuk!

.................................................................

Apsal tetiba rajin update blog?. hmm..sebab aku sudah ada Twitter!

Apa kena mengena?. memang tiada kena mengena pun.

Erk! jadi??. tiada apa-apa yang jadi.

ya la. kalau mo follow?. cuba try test search @twodouble3

oo..OK!

......................................... 

 *pstt! pstt!..pinjam buku "Twitter for Dummies" :D

Friday, 11 January 2013

..Perlu Perubahan..



Walaupun sudah masuk hari ke-11 tahun baru, aku tetap mau wish happy new year jugak..
sebab : nampak lukisan di atas?? cantik bukan?? :8
dengan tekun dan sabar, usaha yang jitu, tangan terketar2, tulisan senget, kaler x cantik, silap itu mistake ini, 
 padam! buat balik..salah lagi..start dari mula..OH! susah i tell u..  
*budak tadika lagi terer guna paint dari gue.hehe..

 
Tahun baru, semua orang mesti sibuk bercerita tentang azam baru. 
 start 2012 membawa la ke tahun ni, aku stop azam ala kazam. 
 no need! list azam panjang berjela..satu hapa pun x jalan..
 jadeyy, just go with the flow omputih bilang. 
 pasang niat, angan2 sikit, matlamat, aim!  
lepas tu, BANZAI!!!! hua! hua! hua!
bunyi macam azam la jugak kan..tapi, kategori lain sikit! :p


so, tahun ni, sekali lagi dan buat kali yang keberapa kali pun la..
there will be blog makeover! 
biarpun tau dan sedar, i always taking baby step dalam hal ni..
TETAP!! aku tetap akan buat..*tengah semangat ni!!


fyi, blog Hanis Zalikha adalah sumber rujukanku. Ref.Blog!
 emm..macam tiru sikit pun iya jugak..erk! maafkan aku! :D
blog Hanis Best Bangat! kelass!! like beribu berjuta lemon grass gitew..ahaks~
 tiru idea sikit2, dicampur ditolak bahagi dengan idea aku yang kononnya banyak, 
aku harap la kan..blog aku akan jadi best macam blog Hanis.. :)


so, wait and see! 
 perubahan blog ni dan jugak perubahan2 lain yang bakal berlaku pada tahun ini..

 
~Story of My Life~ :* 


adios! end. 

Friday, 26 October 2012

..Apa yang terkorban??..

Salam..Hola! :)

Hari Raya Korban! atau pun nama popularnya Hari Raya Aidiladha atau pun Hari Raya Haji..
kenapa Korban? apa yang terkorban? well, biasanya lembu kerbau sapi kambing ayam itik yang akan terkorban..kena masak rendang, masak kari, masak itu masak ini dan lain2 lagi..
oh ya, jadi serunding pun boleh.. :D

kalau raya haji? Ooo..yang itu sebab umat Islam sedang menunaikan haji di tanah suci.. :)
hmm..sebut pasal haji..nama aku pun ada haji juga..HAJI-LAH.. :D 
dan jika umur panjang dimurahkan rezeki, suatu hari nanti aku bakal jadi Hajah Hajilah..insyaAllah! :)

apa yang aku korbankan? 
hmm..berkorban beraya di perantauan..(ini trip2 macam study jauh di overseas la ni kononnya)
i'm Sabahan what..so, boleh kira aku ni study di 'over-sea' la kan..
merentas laut China Selatan untuk sampai ke tanah semenanjung..chewahh!!

so, sempena hari raya korban ni..
i wanna share pics that i've taken last year..
exact date : 29 Jan 2011 :)

Masjid Ubudiah yang terletak di daerah Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan



 Masjid Ubudiah ni dirasmikan pembukaannya pada tahun 1917 dan merupakan salah satu tarikan pelancongan di negeri Perak.. :)


kalau la aku pandai edit pic ni..mesti lagi cantik kn? erk!! tetiba lari topik.. :D

ok la..till then..

"SALAM AIDILADHA DARI PERANTAUAN"

adios..end.

Wednesday, 19 September 2012

..Wordless Wednesday..

Salam..Hola!

"On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description."



************************************


So, uolls get it right?? NGEE~

************************************ 

*conclusion :- trying so hard to update my blog..pheww~

adios..end! :)

Thursday, 14 June 2012

..MinatPhoto #3..

Salam..Hola!

n3 ni adalah sambungan story awan nano..not exactly about awan..
tapi, tentang minat aku dengan dunia photography.. :)
semua pics yang dalam n3 ni - guna camera hp..
Nokia XpressMusic 5800

ok! let's start the par-ty!! :D

..i-city, Shah Alam..






colourful isn't?
memang rasa teruja dan kagum tengok lampu2 ni semua..
time tu, rasa macam di Korea pun ada --> pengaruh drama Korea kuat
why Korea?? sebab, suasana tempat ni sangat romantik..amat! sangat!
cahayanya yang samar2..redup! sejuk! tengok muka pasangan pun kurang jelas..
rasa dia la yang paling hensem..kalau dia korek hidung pun tak perasan i tell you..hahaha

aiseh! mula la mengarut..next pic please! :D


..suasana petang yang damai dan tenang di Sipitang.. :) 


 ..suanana senja di Anjung Senja, Kota Kinabalu..
 
 
and lastly, also suasana senja..view from 1 of the best restaurant in Langkawi..COCOMO 
finger lickin' food! fantastic view! :)
so, siapa2 yang datang Langkawi..cari la restaurant ni..berhampiran landasan airport..

.....................................................................................................
 
Oh! saya sangat suka pantai! 

adios..end.

Wednesday, 16 May 2012

..Selamat Hari Pendidik..

Salam..Hola!

*Note ini macam berbaur sikap tidak puas hati..tetapi, ketahuilah bahawasanya..
ia hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja..hati jgn jadi kecik aahh baca ini note..
renung2kan dan selamat beramal.. :D

.........................................................................................................................................................

Saya hanya ingin brkongsi pandangan dan pendapat mengenai sambutan hari guru..

Semua org tau tarikh 16 Mei setiap tahun adalah Hari Guru dan disambut sgt2 meriah di sekolah seluruh Malaysia.
Siap ada peringkat lg..peringkat sekolah, daerah, negeri dan paling tinggi, peringkat kebangsaan..
ibu bapa, murid2 @ pelajar bertungkus lumus sediakan hadiah utk guru2 yang mengajar..

Kebiasaannya, bila sebut Guru..org akan refer kepada cikgu, ustaz @ ustazah..betul kn? nda kisah la sekolah rendah ka sekolah menengah..

Tetapi, pernahkah anda terpikir dan sedar akan kewujudan golongan pendidik yang lain??
contohnya?? Pensyarah! Lecturer! --> kan tiada Hari Pensyarah.. :(

disebabkan Pensyarah bukan dipanggil sebagai cikgu..
so, kurang la penghormatan dan ucapan..
"Selamat hari Guru", "Terima Kasih Cikgu" kepada golongan ni..
bukan la tiada langsung, ada juga yang ingat dengan saya..
(aik!! saya?? paham2 sendiri la yang mana kenal saya tu..)

bukan la terlalu mengharap dengan ucapan..tapi, ingatan dan penghargaan dari bekas anak murid tu sgt besar ertinya..boleh buat jiwa dan raga di awang2an..hidung kembang kuncup kebanggaan..rasa semangat semacam gitu..hehe..

so, point yang saya cuba sampaikan di sini ni ialah.........

instead of kita wish Selamat Hari Guru..kita ubah la "Selamat Hari Pendidik"..
sebab : guru, cikgu, teacher, ustaz, ustazah, pensyarah yang kita panggil cik, encik, miss, madam, prof., Dr., dan lain2 tu semuanya tenaga pengajar dan memberi ilmu kepada manusia sejagat..

sebelum saya mengakhiri bual bicara ini, izinkan saya mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua pendidik yang telah mendidik saya menjadi diri saya sekarang dan diri saya akan datang..Jasa kalian akan saya kenang hingga akhir hayat..

Akhir kata.."SELAMAT HARI PENDIDIK" kepada :
  • ex-cikgu @ SK Sindumin
  • ex-cikgu @ SMESH
  • kawan2 cikgu / pensyarah yang bekerja merata tempat
  • kawan2 pensyarah di semua politeknik
  • pensyarah2 saya @ UTHM
  • dan semua warga PENDIDIK

Sekian.

yang benar,
saya pun mo hadiah juga! *jeles sebab cikgu2 ja dapat hadiah.. :D

adios..end.

Saturday, 7 January 2012

..Starting 2012..

Hola..

7 Jan 2012 - genap seminggu kita d tahun 2012..

kebiasaannya, bila masuk tahun baru..
semua org akan sibuk buat azam baru..
dan kebiasaan itu jugak la yg aku selalu buat tiap2 tahun..
tapi, untuk tahun ni..aku mo buat luar daripada biasa..
NO AZAM!!

kenapa tidak perlu azam baru?
sebabnya..azam aku tahun 2011..tiada 1 pun yg tercapai..
makin teruk lagi ada la..
apa AZAM 2011 aku? kalau mo tau..click link ya!
then u'll understand d rest of my story d bwh ni.. :)

.......................................................................................

sebagai Hamba Allah, tiada apa pun yg meningkat..menurun makin byk.. :(
* astagfirullahalazim!! intan..intan..sedar la usia ko tu makin meningkat..
kematian datang menjemput bila2 masa..moga ko mendapat hidayah dari-NYA..AMIIN

as a wife, it's also not turn to happy ending as i wish..
what happen?? well................
i'm not ready yet to story mory and share about this here..
but, d day will come..when "evertyhings" settle.. :)

as a student, i also becoming more worst than before..much2 worst..
and u know what? 1 of my friend said..i ni "Ratu Ponteng"..
that's totally true..hehe..
buktinya, ada 1 course ni..POWER..
boleh kira guna sebelah tangan ja berapa kali aku attend class tu..
less than 5 times okeyy..worst rite??
i'm not proud of it..but i can't help it..
aku mmg malas bangat attend any classes semester ni..
* nasib baik nda kena band dari final exam..Ngee~

sebagai seorg anak..of cos la yg ini aku maintain..
tetap sayang dan ingat mereka d kampung..
tapi,bab mo bagi cucu tu..terpaksa la postpone dulu..
tunggu gue 'Kawin' ya pak!!.. :D

HAH!! kalau mo cerita bab turunkan berat badan..mmg dari tahun gajah sampai sekarang nda pernahnya tertunai..hahaha..konon la start diet..not taking heavy dinner..kurangkan nasi..eat more salad, friut, itu, ini, including LONDON uolls..
tapi..Cet! phoodah!! papadom!! tenpanyaki!! Hot2 chicken shit org bilang..
last2, semua benda aku bedal..tengah2 mlm pun mentekedarah KFC..apa kes? haha..

...............................................................................................

so,kesimpulannya..tahun ni..NO MORE AZAM..
apa yg penting..i'll do my very best to make myself happy..
YeeHaaa!!! chaiyokk!! gambate!! chill!! :)

till then..

adios..end.

Monday, 2 January 2012

..Last Day of Year 2011..

Hola!!

actually, i wanna post this n3 before masuk new year..
but, as usual..
i need time! mood! and of coz..RAJIN!!
coz all this time..aku MALAS!!
so, update hari ni utk story thn lepas..
and new year's story update..later! :D

"Last Day of Year 2011"..
31st Dec - presentation for project DSP course..
but, i'm not going to story about it..not went well.. :/

just take a look at this pic..okeyy!!


pic with 1 of my best of friend..Hanim!!
we've been friend since 1999..*Diploma
close since 2002 till now..*kerja-sama
and now futher study sama2..here at UTHM.. :)
look at our happy face..priceless!!

"Last Day of Year 2011"..
is also the last day of our age of 30..gulpp!!
by the year of 2012..3o + 1 uolls..ahaks~
pray we'll more wiser and happier..
this year..2012..
we'll be housemate again..YEAY!!! super like!!!
F.R.A.N.C.E Hanim!!.. :)

yg 2nd pic ni..my housemate..
Noor (tengah) and Ina (bj kurung)



they really a nice person and like sisters to me..
i tell u..dorg ni rajin gilakk!! opposite sangat2 la dgn gue..Ngee~
dorg rajin study..aku malas nak mampus..test, study last minit..
dorg rajin attend classes..aku lebih suka ponteng and tidur..
*ishh3x..teruk betul!!

yg ini pun housemate aku jgk..Anis!
she's also rajin gilakk!!
kesimpulannya..semua org rajin..aku malas..huhu..
contohnya mcm skrg ni..dorg semua tgh study d living hall..
aku update blog dlm bilik..hehe


ok la!! should stop here..c u in the next n3 guys!! :)

last but not least..
HAPPY NEW YEAR 2012!!!!

adios..end.

Thursday, 16 June 2011

..Tragedi Kerusi Hitam..

Hola..

Kisah berlaku di sebuah rumah di Kg. Hujung Padang Sindumin..

Saya ingin menceritakan kisah dua orang beradik perempuan (kakak dan adik) bersama mak mereka sedang menjamu selera di meja makan..bila memperkatakan tentang perempuan..terang lagi bersuluh la akan kejadian dan sifat perempuan yang suka bergosip..

Oleh yang demikian, mereka pun tidak terlepas dari sifat mulia itu..kenapa saya katakan mulia? pasti anda2 semua tertanya2 dan hairan bin ajaib bila saya mengeluarkan kenyataan berani mati itu bukan?? haa..jawapan saya mudah sahaja..

sifat ingin tahu dan mengambil berat akan perihal orang lain adalah baik..kenapa baik? sebab niat kita baik..jika niat kita jahat..bergosip, menabur fitnah dan menjaja cerita sana sini..maka, sifat itu adalah tidak baik..berdosa besor kate ko..

Apa yang digosipkan oleh mereka? oo..mereka berbual2 mengenai keluarga sanak saudara yang berbagai ragam..antara kisah2 yang di utarakan ketika itu adalah mengenai perkahwinan sepupu dengan sepupu..(kata orang tak elok, darah panas), perebutan harta dan macam2 lagi..(semua story mencapai tahap drama TV)

tukang pencerita adalah si kakak..manakala yang adik hanya mendengar dengan penuh kuhsyuk!!! dan mak mereka sebagai penambah perisa kepada cerita yang disampaikan oleh si kakak..

si adik mendengar kisah2 kehidupan sanak saudaranya dengan penuh minat dan semangat waja yang penuh di dada..sambil itu juga, si adik dengan girangnya bermain jongkang jongkit dengan kerusi hitam..jongkang jongkit!! jongkang jongkit!!

TIBA2!!! Prappppp!!!!! kelibat si adik hilang dengan serta merta dari pandangan semua orang..aik! ke manakah beliau pergi?? oh TIDAK!!! si adik sudah terjonkang di bawah
dengan kaki terjongkit ke atas..wahahahahahahahahahahaha!!!!! kerusi patah daa!!!! huhu..

saya tanpa berlengah lagi..mengambil gambar bahan bukti kejadian..tengok bawah ni..

pasti anda semua hairan bagaimana saya boleh berada di tempat kejadian kan?? saya adalah reporter..PASTI ADA DI MANA2!! :D

* mesti si adik tu berat sangat kan sampai kerusi tu boleh patah..

Saya yang melaporkan dari sini..

sekian..

adios..end.



Wednesday, 15 June 2011

..Sindumin..

Hola..

>> Pengenalan <<

Sindumin merupakan sebuah pekan kecil yg terletak di daerah Sipitang di Negeri Sabah di Bawah Bayu di Negara Malaysia.. (refer map if u never heard of my Kampung name..)

Terdapat beberapa kampung di dalam Pekan Sindumin..aku tinggal di Kg. Hujung Padang..kenapa namanya hujung padang?? sebab, memang ada padang..dan rumah aku di hujung padang itu..(sort of) --> blh terima ka explaination aku tu? hehe..

* hancus sejarah..huhu..


>> Isi Kandungan <<

pic di bawah ini adalah rumah di mana aku dibesarkan sejak aku berusia 6 tahun (start umur tu baru aku ada ingatan..)

actually, as u can see..rumah ni bertiang tinggi..dan kenapa perlu bertiang?? ya' udah jelas dong..BANJIR!!


* ubah style ckp..

ni akak nak citer ni dekk..akak ni kan..balik kampung 8 june (rabu) hari tuh lagi..balik2 aje dh kena meredah banjir..rasa geli geleman aje kaki akak ni nak melangkah dalam air banjir yg mcm 'teh ais' tuh..mana tak nya dekk..akak ni takut lintah..

al-maklum la..akak ni kan brdarah manis..memang menjadi kesukaan para2 lintah se-antero dunia..mana la tau dia nak hisap barang sesedut dua darah akak ni..

hah!! sapa nak jawab..akkaaaak jugak nanti yg terkinja2 terpekik terlolong minta tolong..malu dekk kt anak2 sedara akak yg ramai brduyun doyon tuh..time akak balik ni cuti sek..ramai la yg balik bercuti di kampung..nasib baik la akak selamat sampai ke destinasi tangga dekk..syukur Alhamdulillah.. :)

>> 15.6.2011 (rabu) <<

* ubah style ckp lg..

dalam tempoh seminggu aku di kampung ni..hari ni adalah kali ke-3 banjir melanda..kali ke-2, isnin lepas..mcm nda percaya kan?? memang betul wa ckp lu..di sini ni..asal hujan lebat ja..ready2 la utk banjir..nda tau la kenapa senang sangat air mo naik..mo ckp masalah perparitan, mcm bukan..so, wallah hu alam..redha ja la.. :)

>> Penutup <<

pic di bawah ni aku mo tunjuk, aku pakai kasut " Phua Chu Kang"..oleh itu, selesai la masalah aku yg geli geleman mo meredah banjir.. :D


sekian..peace pada Kg.Air!!

adios..end.

Tuesday, 14 June 2011

..My Mood..

Hola..

Hii tawan2!! i'm back!! hehe..

after 1 month ++ aku bt silent treatment utk blog aku ni..
now, i'm back in d game bebeh!! new n3 for my blog..rindu sangat2 mo merapu.. :D

FYI, it's not that easy as taking shower utk bt n3 yg menarik and vogue d best..
aik!! taking shower?? easy meh? easy la bah kan for those yg rajin mo mandi..hehe..kalau malas..kompom pakai perfume berbotol2.. --> apa punya per-umpamaan la aku bt ni..suka suki hati aku ja bah.. :D

in d process of knowing myself better (kenali diri hiasi peribadi)..
kalau cerita bab mandi ni..aku ada 1 kebiasaan yg aku perasan aku biasa bt..
iaitu..aku akan terus mandi sejurus ja aku bangun dari tidur..

>> ?? : mesti la org mandi lepas bangun tidur..kalau mandi time tidur nda ka pelik.. <<

ya la..maksud akak tu dekk..ada sesetengah org..lepas bangun tidur..just cuci muka n berus gigi then breakfast n so on..take time la mo mandi..ok??paham?? tapi, macam kes aku ni..bangun tidur ja, mesti terus mandi..sbb bangun lambat.. :D

point aku d n3 ni sebenarnya..aku mo cakap..aku ikut mood kalau mo update blog..kalau mood aku rajin..ber-update la blog ni..kalau mood malas..ber-sawang la blog aku ni sebelum ber-update..ber-sawang?? yup..hanya aku yg blh nampak..jeng jeng jeng..misteri..

so, c u in my next "mood"..hehe..

adios..end.

Monday, 9 May 2011

..Blog Makeover..

Hola..

instead of i'm suppose trying harder to push myself packing things up for this semester break time..i'm trying more harder and 'semangat gila babas' for this Blog Makeover..haha..crazy rite?? and..and..to make it sound more crazy to u alls..i'm doing this since i was 30 yrs old..coz now i'm 30 yrs old ++..hah!!??..of coz la darling..umur mesti meningkat..time is ticking babeh!! :D

actually kan..i wanna be the happiest 'single lady' in the whole universe..wah gitu pula??..iya betul ni..will be in the process begging, fighting and seeking for happiness..and happiness = my freedom.. :(

oppss!!! hmm..before i'm going to melalut merapu meraban here..have to go dulu la ahh.. :D

till then..hope u alls like my new Blog Makeover..chill! chill!

adios..end.

Saturday, 23 April 2011

..BZ week..

Hola..

n3 ni aku mo story mory betapa aku bz gila tahap gaban last week..huhu..penat siot..

hari2 yg aku lalui yg aku tidak akan pernah lupa dalam hidup aku.. :)

11/4/11 - aku drive balik dari ipoh menuju ke pt.raja..drive mcm ala2 laju (120-130km/j) sebab mesti sampai pt.raja jam 8pm..ada presentation DSD..3 jam perjalanan aku drive dari ipoh sampai pedas linggi, N9..boleh kira laju ka tu ahh?? hmm.. :D

nasib baik la lepas tu, kwn msg..presentation tukar hari rabu..fuhh!!lega..harus la aku membawa kereta dgn tenangnya selepas itu..hehe..

12/4/11 - bz buat project report at Cafe TDI sampai jam 2am..kena submit tomorrow morning..n then have to prepare for presentation project also..

13/4/11 - pagi, presentation project EMT..ptg, meeting class KHIDMAT MASYARAKAT..mlm, presentation DSD..tgh mlm sampai pagi esoknya..siapkn assignment CS..kena submit n compile b4 8am..huh!! penatnya..minta oksigen!!!help!!

14/4/11 - pagi ada quiz math..oleh kerana aku langsung nda study dan masih belum tidur dr semlm..so, aku hanya mampu merenung kertas soalan tu..nasib baik la mata aku ni tiada power mcm superhero pakai spender d luar.. En. Superman..kalau tidak..kompom kertas soalan tu hangus rentung terbakar..hahaha..

mlm, buat slide show utk presentation CS..tpi, nda siap sebab aku tertidur.. :(

15/4/11 - pagi, presentation CS..slide show??arr..hmm..technical problem..hehe..at last, hantar via email..TQ en.hafiz.. :) mlm jam 8.15pm..Test DSD..aku study jam 6pm..

16 - 17/4/11 - Program Jom Jelajah Kampung (program anak angkat) d Kg. Pt. Mastar (kaw.6) pontian..selaku pengarah program..aku mmg boleh d labelkan sebagai bz dan kepenatan..TAHNIAH!! kpd semua AJK2 pelaksana..program kita sukses!!! :)

18 - 20/4/11 - aku balik sabah..flight dr senai..kerja aku d dalam kapal..tidur!!! :D

21/4/11 - quiz math..tpi, aku trlepas attend..sori pn.rosmila.. :(

today..23/4/11 - aku update blog..hehe..biarpun sepatutnya aku bz study sebab final exam is just around d corner..aku 'kona' buat benda lain.. :D

# Moral of d Story..

baru seminggu aku d uji dgn tahap ke'bz'an melampau mcm gitu..mcm mana la agaknya dgn PM kita kn? mesti dia lagi bz 24/7.. :D

adios..end.

Saturday, 26 March 2011

..Gift 4 Myself..

Hola..

i've been thinking a lot lately..
how to make myself happy n enjoying my life..
as i turn to 3 series 3 days ago..hehe..
i wanna chill!!chill!!enjoy!!menjoy!! after this..woot!!woot!!

don't get me wrong..i'm not kaciwa age aku sudah bertambah..
but, honestly i'm excited!!
pelik tapi benar bukan..tiada yg benar melainkan benar2 belaka.. :D

so, as excited i am turning to 3 series..
me also excited planning or can i say dreaming of vacation trip.. :)
even tho i realize money would become my major problem..
but still, i wanna plan something for this coming semester break..
cuti panjang gila beb..3 months ++..mesti la aku kena pegi vacation kn..
bila??..harus2 la after final exam..lambat lagi..so, FOCUS STUDY dulu..
-->> lama lagi pun..mmg aku ni over.. :D <<--

ok la..as a start to chill n make myself happy..
i bought this marvellous n superb stuff as a
Besday Gift for myself..u all wonder what it is?? C for urself..hehe..

TADAA!!!!



CD + DVD David Foster & Friends - concert at Mandalay Bay, Vegas..

For those yg don't know who is this guy..David Foster is a songwriter, musician, composer n etc..(want more..wikipedia kn la diri anda)..
In this amazing concert..his friends a.k.a singers..
sing a song that written by him..
n guess what??..it was spectacular..
boleh ka aku cakap?..beyond expectation..speechless..mmg terbaek wokk!!

so guys..if u all wanna witness this dahsyat punya persembahan..
apa tunggu lagi..go n get it from ur nearest CD store now..
OR..u all can You Tube..perhaps.. :D

oh ya pula..ini HIT MAN RETURNS..
maknanya..aku kena cari yg part 1 la lepas ni..HIT MAN..ngee~

till then..

adios..end.

Wednesday, 23 March 2011

..3 Series!!!..

Hola..

-- n3 kali ni ayat jiwa2..Harap Maklum --

23 March 2011 - genap la umur ku 30 thn..utk lebih glamer n vogue d vast!!..aku memberi gelaran "3 Series" utk starting three = 3 itu..seperti kereta mewah BMW..ada Series2nya..oleh kerana itu, aku pun ingin merasa "mahal" seperti BMW.. :)

Sepatutnya dan selayaknya aku bergembira tahap dewa2 hari ini..gembira dan bersyukur dgn nikmat yg ada..ya, memang aku bersyukur dan menghargai apa yg ku miliki..tetapi, d sebalik kegembiraan itu..terpalit jua rasa sedih dan duka yg teramat sangat..kesedihan dan kedukaan yg tidak mampu utk ku bendung lagi..hati yg lara yg trpaksa ku pendam selama ini.. :(

Aku redha dgn ketentuanNya..aku terima, pasrah..dan aku sentiasa berusaha utk menghargai dan menerima segalanya..tetapi, sabar ku ada batasnya..tika aku sudah berusaha utk memberi ruang dan peluang..kenapa perlu d persiakn peluang itu? kenapa perlu d uji tahap kesabaran ku? kenapa?

Aku sudah puas bertahan..puas bersabar..dan sudah puas mengalirkan air mata..tapi, sampai bila aku harus bertahan? sampai bila aku harus bersabar? hmm..aku sendiri tidak pasti..tika ini, ingin rasanya aku menjerit, menangis dan meraung sepuas2nya dgn nasib yg ku alami..hati ini terlalu terluka dan cukup menderita..kenapa tidak menangis? sudah puas ku menangis..tetapi, sebanyak mana pun aku menangis..masih ada tertinggal sisa2 tangisan yg tidak mampu ku luahkan..sakit dada ku menahan sisa tangisan ini..sakit!!!

Setiap apa yg berlaku..pasti ada Hikmah D Sebaliknya..dan aku yakin akan kenyataan itu..buat masa ini..aku cuma mampu berdoa dan terus berdoa agar Allah s.w.t memberikan aku kekuatan, kesabaran dan ketabahan utk menghadapi ujianNya..aku berdoa semoga d beri petunjuk dan hidayah utk aku mencari jalan yg terbaik utk keluar dari kekusutan ini..pasti akan ada hati yg terluka..ya, memang benar..tapi, hati ku jua perlu d jaga..kali ini..aku mahu pentingkn diri sendiri..penat rasanya aku menjaga hati org lain sedangkan hati ku tiada siapa pun peduli..

Cukup lah sampai d sini..bila tiba masanya utk aku melangkah pergi..jangan d halang pemergian ku itu nanti..kerana waktu itu..semuanya sudah terlambat utk aku mengundurkn diri..bila aku sudah nekad dgn keputusanku..terlalu sukar utk ku berganjak walau seinci..

kini..AKU SUDAH BERHENTI BERHARAP!!!

Izinkn ku mengundur diri..sekian..

Adios..end.

Wednesday, 16 March 2011

..Sizzling Chicken Chop..

Hola..



Now,im having my dinner at Food more rstrnt, BP mall..



Sizzling Chicken chop with black pepper sauce.. :)



Bon appetite!!



p/s : testing again..



Adios..end.

* Note :

tdi try post n3 above using my hp..but, still nda begitu menarik utk d tatap..jadey!!kena la d edit dulu baru d post..so, nmpak gayanya..aku msih blum terror mo brblog thru my hp.. :D

Tuesday, 15 February 2011

..Ayam vs Chicken..

Hola..

sejak dua menjak ni aku jadi a bit choosy kalau bab-bab makan lauk utk nasi campur..ayam or ikan??..kalau seafood,tak trcapai duitku..hehe..biasa la..budak asrama.. ---> tpi,mampu mkn sushi..apa kes??

kalau bab sayur of course la aku OK ja..favourite la katakan..kalau aku jadi vegeterian pun boleh..hehe..

sebagai jalan penyelesaian masalah aku ni..

IKAN la yg akan menang.. ---> mesti ikan bangga..hehe..

aku akan pilih ikan instead of pilih..

  • ayam masak merah
  • ayam goreng
  • ayam masak kicap
  • ayam masak kari
  • & segala jenis masakan ayam..

tpi,yg peliknya..aku sangat teruja bila memikirkan akan makan.. ---> baru pikir tau,belum makan lg..

  • KFC - Kentucky Fried Chicken -->order dgn roomate..mlm ni dinner KFC..Yeay!!
  • BBQ Chicken at Johnny's Restaurant ---> tahan mouth water dari keluar..
  • Curry Mee (ada Chicken) at Old Town White Coffee..
  • & yg ada nama CHICKEN dalam menu..

jadi,persoalan yg timbul dari masalah ini ialah..

..Ayam vs Chicken..

hmm..Chicken tu bukan ka Ayam??..jadi,kenapa aku memilih??..

SAHIH!!aku ni demand mo makan yg mahal ja..hehe.. ---> minta puji..

Moral of D Story : makan la apa yg anda berselera dan suka!! peace no war!!

sekian..

adios..end.

Saturday, 12 February 2011

..TERPAKSA PERGI..

Hola..

1st skali sy nk minta maaf atas segala kesalahan sy..
halalkan mkn minum sy..
sy rasa kt x kan jmpa lg..
mungkin ni msg yg terakhir dr sy..
simpanlah utk m`ingati diri sy..
setiap yg b`temu pasti akan b`pisah..

sy terpaksa pergi,

ke JEPUN bagi m`bantu..
Ultraman m`galahkan..
RAKSASA BELALANG

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

HAHAHAHAHAHAHAHA...HAMPEH!!!

ini la yg aku discovery channel dari sebuah laman blog..
lawak gila siot...hahahaha...
korang check it out la nanti blog ni..
http://bestsms4ever.blogspot.com/
byk ayat2 SMS yg best2..lawak2..kelakar2..
tahap GABAN, ULTRAMAN, SUPERMAN, SURIA BAJA HITAM..n dot!3x..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

WOII!!!!!WOII!!!

Apa la mo jadi dgn ko ni ahh???
intan terpilih payung terjun tingkap..
mata sudah merah2 menahan ngantuk yg amat..
tpi,tetap sibuk surfing internet..
sudah2..go to sleep..

time ada peluang membuta..nda GRAB!!!!
time ada class..ko sanggup ponteng class semata-mata untuk membuta.. :D
uittsss!!!...dahsyat betul ko ni..penja'at!!!

>> bagi yg kurang paham apa itu membuta.. tu bukan mata jadi buta..tpi,tidur daa..hehe..<<

pergi la tidur sayang..
kalau ko tidur dari tdi..
mcm2 tajuk mimpi sudah ko bulih buat..

>>>>>>>>>>>>>>>

BAIKLAH..sy pergi tidur sekarang ya semua.. :)
GUDNITE every1 everybody builder!!

sekian..

adios..end.

Monday, 7 February 2011

..Aku Patah Balik..

Hola..

AKIBAT JEM TERUK..AKU PATAH BALIK..

Terjemahan : JEM = Traffic Jammmm, Kesesakkkkan lalu lintas..(byk 'm' dan 'k' menunjukkn ke-extrememan keadaan)

cuti CNY 1 minggu..
aku balik ipoh hr jumaat 28 Jan 2011..lepas habis ja class pagi kul 10am..aku chow..
seminggu cuti rs mcm sekejap ja..biar pun aktiviti aku cuma duduk rumah..tgk TV..cuci kain..masak..
tpi,bila ada insan trsayang d sisi..
semua pun jd best.. :)

part paling boring dan tidak best..
bila cuti sudah habis..finito.. :(
trpaksa la cam-packing (campak + packing) skali lagi dan plan utk drive berjam2 lamanya utk balik bt.pahat..


AHAD - 6 Feb 2011

aku biasa brtolak dr ipoh kompom ptg..nda kisah la smpai bt.pahat mlm..pagi2 drive,aku ngantuk.. :D
lepas lunch dgn hubby..aku pun memulakan perjalanan balik dlm kul 4.40pm..
smpai tol ampang..aku nampak byk gilakk kereta..alamak!!jem!! (terkejut konon)
dengar d sinar.fm..jem teruk dari simpang pulai smpai ke sungkai..pedas linggi..seremban..ayer keroh..bla..bla..bla..perghh!!dahsyat!!

tanpa usul periksa..aku pun percaya bulat2 apa yg aku dengar d radio..
tiada masa la aku mo find out sendiri betul ka tidak cerita tu..
bayangkan..had kelajuan aku time itu hanyalah 0 - 20 km/j..
mau minggu depan baru aku smpai bt.pahat kalau gitu..hehe..

aku pun mengambil keputusan drastik utk patah balik ke rumah..(dlm hati ku menyanyi riang)..
exit paling dekat..ikut exit simpang pulai..itu pun jem jgk..hmm..
setengah jam perjalanan baru la nampak 'rumah' tol..huh..rs mcm mo muntah sudah aku..
baru suku perjalanan..kalau aku teruskan smpai bt.pahat..mau batuk berdarah kali..hehe..
drive,drive,drive,drive..akhirnya..aku smpai rumah..kul 6.30pm.. :)

ISNIN - 7 Feb 2011

aku bertolak dari rumah kul 7.30am..awal.. (takut jem lg..)
on my way tu..aku kira masa perjalanan dari tol ampang ke exit simpang pulai..nda smpai 15 minit pun..
semalam..jem teruk pnya pasal..rs mcm jauh gilakk..brjam2 gitu..huu..memang dahsyat!!
nasib baik aku balik hr ni..hehe

perfect day..
hari yg cerah..jalan pun lengang..perjalanan aku smooth ja..lancar..
kalau mo drive zig zag d jalanan pun bulih..hehe..
tpi,yg nda bestnya..aku ngantuk bangat..tahan pnya tahan smpai aku nda tahan..
aku pun menyinggahkan diri d restoran jejantas ayer keroh kul 10.40am..sejam aku d situ..segar la sikit..

sambung perjalanan lagi dan lagi dan lagi..
akhirnya aku smpai ke destinasi tepat kul 1pm..
naik hostel..aku nampak katil memanggil manggil..apa lagi..landing terus..
class??hmm..2 class aku ponteng hari ni..
1) class kul 11am..(aku memang nda sempat attend)
2) class kul 4pm..(aku sengaja nda attend)
minta maaf la byk2 kpd sesiapa yg berkenaan..
nda larat..penat.. :D

so................

Moral of D Story : Ingat la time musim perayaan..kompom akan JEM TERUK!! :D

sekian..

adios..end.

Monday, 23 August 2010

..Mata Hitamku..

ola..

stlh sekian lama mnyepikn dri..
n3 ini adlh utk sesi "warming up" merajinkn kembali dri ini utk mnghasilkn karya2 trbaek utk tatapan kwn2..(trbaek la konon).. :D

sbbnya..aku jeles baca blog org yg sntiasa d update n aku rajin mmbaca blog yg d update..so,aku pun mo rajin update blog aku ni..hehe..

k la..ni sj mo story mory d n3 ni..

hr ahad..22 Aug 2010..aku tdur jam 5am dan aku bgun jam 11.30am..maknanya aku tdur cuma 6 jam 30 min..puas jgk la..

dr saat aku bgun pg tu..dan sehinggalah saat ini (tgh menaip ni)..date : 23 Aug 2010..jam 7.15am..aku msih utuh brjaga..brsengkang mata..last minute mnyiapkn "homework" dan jgk konon2 nya merangkap study..aku blum tdur dan brcanda mesra dgn katil aku selama...selama...ermm...brapa jam 2 ahh??

hmm...Hah!!19 jam 15 min!!!!!!!

waduh!!!!gilak!!!pitam la aku mcm gini..(dh 2,ada hati lg update blog..hehe)..

Jadual waktu aku hr Isnin trsgt la pack..makmal jam 8am-11am..pas 2,ada class lg smpai jam 1pm..rehat 1 jam..kul 2pm msuk class lg smpai la jam 5pm..itu pun ada Quiz lg 2..pas 2,jam 5pm-6pm...aku ada TEST Digital Electronics...(dlm hati blum ada rs takut..)

so,study pun lebih kurang ja..nda tau la bulih jwb ka nda ni ptg karang..huhu..mo suruh org wish Gud Luck!! pun bikin malu..nda payah la..usaha nda byk..tawakal pun nda patut..hehe..yg pntg,ada ms trluang 1 jam tgh hr nnt..aku buka2 la buku..bwk2 la study..

skrg jam sdh hmpir pukul 7.30am..aku mo brsiap2 utk ke class..jadey!!!memandangkn aku blum tdur lg..bakal brlaku la "HITAM D BWH MATAKU"..he! he! he!

Moral of d story :- jgn la suka bt kerja last minute..(biar brjuta kali d pesan..aku ttp bt jgk.. :/)

sekian..

adios..end.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...