Wednesday, 26 June 2013

..Wordless Wednesday #2..




 Erk ! kambing? Apakah? siapakah?
ini bukan sahaja Wordless..pasti mengundang Speechless !



Apa??. cuba 'senyum kambing'..
hah ! nampak x? engkau memang kelass !!! ha ! ha ! ha !

Saturday, 22 June 2013

..Tweet-Tweet..

Oh Mak Aiii !!!!

sudah lepas setengah tahun baru reti meng-hupdate blog..
ini bukan tahap bersawang ni cik kak, batu kapur pun boleh terbentuk!

.................................................................

Apsal tetiba rajin update blog?. hmm..sebab aku sudah ada Twitter!

Apa kena mengena?. memang tiada kena mengena pun.

Erk! jadi??. tiada apa-apa yang jadi.

ya la. kalau mo follow?. cuba try test search @twodouble3

oo..OK!

......................................... 

 *pstt! pstt!..pinjam buku "Twitter for Dummies" :D

Friday, 11 January 2013

..Perlu Perubahan..



Walaupun sudah masuk hari ke-11 tahun baru, aku tetap mau wish happy new year jugak..
sebab : nampak lukisan di atas?? cantik bukan?? :8
dengan tekun dan sabar, usaha yang jitu, tangan terketar2, tulisan senget, kaler x cantik, silap itu mistake ini, 
 padam! buat balik..salah lagi..start dari mula..OH! susah i tell u..  
*budak tadika lagi terer guna paint dari gue.hehe..

 
Tahun baru, semua orang mesti sibuk bercerita tentang azam baru. 
 start 2012 membawa la ke tahun ni, aku stop azam ala kazam. 
 no need! list azam panjang berjela..satu hapa pun x jalan..
 jadeyy, just go with the flow omputih bilang. 
 pasang niat, angan2 sikit, matlamat, aim!  
lepas tu, BANZAI!!!! hua! hua! hua!
bunyi macam azam la jugak kan..tapi, kategori lain sikit! :p


so, tahun ni, sekali lagi dan buat kali yang keberapa kali pun la..
there will be blog makeover! 
biarpun tau dan sedar, i always taking baby step dalam hal ni..
TETAP!! aku tetap akan buat..*tengah semangat ni!!


fyi, blog Hanis Zalikha adalah sumber rujukanku. Ref.Blog!
 emm..macam tiru sikit pun iya jugak..erk! maafkan aku! :D
blog Hanis Best Bangat! kelass!! like beribu berjuta lemon grass gitew..ahaks~
 tiru idea sikit2, dicampur ditolak bahagi dengan idea aku yang kononnya banyak, 
aku harap la kan..blog aku akan jadi best macam blog Hanis.. :)


so, wait and see! 
 perubahan blog ni dan jugak perubahan2 lain yang bakal berlaku pada tahun ini..

 
~Story of My Life~ :* 


adios! end. 

Friday, 26 October 2012

..Apa yang terkorban??..

Salam..Hola! :)

Hari Raya Korban! atau pun nama popularnya Hari Raya Aidiladha atau pun Hari Raya Haji..
kenapa Korban? apa yang terkorban? well, biasanya lembu kerbau sapi kambing ayam itik yang akan terkorban..kena masak rendang, masak kari, masak itu masak ini dan lain2 lagi..
oh ya, jadi serunding pun boleh.. :D

kalau raya haji? Ooo..yang itu sebab umat Islam sedang menunaikan haji di tanah suci.. :)
hmm..sebut pasal haji..nama aku pun ada haji juga..HAJI-LAH.. :D 
dan jika umur panjang dimurahkan rezeki, suatu hari nanti aku bakal jadi Hajah Hajilah..insyaAllah! :)

apa yang aku korbankan? 
hmm..berkorban beraya di perantauan..(ini trip2 macam study jauh di overseas la ni kononnya)
i'm Sabahan what..so, boleh kira aku ni study di 'over-sea' la kan..
merentas laut China Selatan untuk sampai ke tanah semenanjung..chewahh!!

so, sempena hari raya korban ni..
i wanna share pics that i've taken last year..
exact date : 29 Jan 2011 :)

Masjid Ubudiah yang terletak di daerah Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan



 Masjid Ubudiah ni dirasmikan pembukaannya pada tahun 1917 dan merupakan salah satu tarikan pelancongan di negeri Perak.. :)


kalau la aku pandai edit pic ni..mesti lagi cantik kn? erk!! tetiba lari topik.. :D

ok la..till then..

"SALAM AIDILADHA DARI PERANTAUAN"

adios..end.

Wednesday, 19 September 2012

..Wordless Wednesday..

Salam..Hola!

"On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description."



************************************


So, uolls get it right?? NGEE~

************************************ 

*conclusion :- trying so hard to update my blog..pheww~

adios..end! :)

Thursday, 14 June 2012

..MinatPhoto #3..

Salam..Hola!

n3 ni adalah sambungan story awan nano..not exactly about awan..
tapi, tentang minat aku dengan dunia photography.. :)
semua pics yang dalam n3 ni - guna camera hp..
Nokia XpressMusic 5800

ok! let's start the par-ty!! :D

..i-city, Shah Alam..






colourful isn't?
memang rasa teruja dan kagum tengok lampu2 ni semua..
time tu, rasa macam di Korea pun ada --> pengaruh drama Korea kuat
why Korea?? sebab, suasana tempat ni sangat romantik..amat! sangat!
cahayanya yang samar2..redup! sejuk! tengok muka pasangan pun kurang jelas..
rasa dia la yang paling hensem..kalau dia korek hidung pun tak perasan i tell you..hahaha

aiseh! mula la mengarut..next pic please! :D


..suasana petang yang damai dan tenang di Sipitang.. :) 


 ..suanana senja di Anjung Senja, Kota Kinabalu..
 
 
and lastly, also suasana senja..view from 1 of the best restaurant in Langkawi..COCOMO 
finger lickin' food! fantastic view! :)
so, siapa2 yang datang Langkawi..cari la restaurant ni..berhampiran landasan airport..

.....................................................................................................
 
Oh! saya sangat suka pantai! 

adios..end.

..Glad to help!..

Salam..Hola!

biarpun kisah ni berlaku pada 6 FEB 2012 (berkurun baru mo update)..
aku tetap mo buat n3 about this story.. :D (layan!!)
.........................................................................................................................................

Al-kisah petang hari tersebut..time lalu depan masjid Sipitang..aku nampak 2 orang mat + minah saleh tepi jalan tengah cuba tahan kereta..(macam dalam movie selalu kita tengok tu)..but,of coz la orang nda akan berhenti..either sebab language barrier or memang orang nda berani mo tolong..

mula2 aku setakat tengok saja la..tapi hati aku meronta2..
membentak2 supaya berhenti and tolong dorg..--> membentak gitew kaw..dahsyat!! hehe..

kenapa aku ada hati mo tolong dorg?? sebab itu adalah salah 1 wish-list aku..
memang PELIK TAPI BENAR..tapi itu la hakikatnya..aku pun heran kenapa aku ada wish macam gitu..maybe because i wanna prove to myself  that i can speak with 'real person' - yang nda paham malay sepatah haram pun.. :D

so,after discuss about my niat (phone call) to help them with my niece,Amy..
decision has been made dan aku pun berhenti dan tanya 

me : where you wanna go mem?
 
them : me and my boifren wanna go to Beaufort..bla bla..don't want cab..bla bla bla..we don't wanna pay for the ride and people told us, it's easy to hit car here..(*hit = tahan) --> easy?? sapa la people yang cakap tu 

dorg tahan kereta. minta hantar pergi Beaufort. nda mo bayar. so,kira tumpang for free la

me : oh ok! Sipitang - Beaufort is just 30 min drive..i give you a ride..no worries! i'm willingly wanna help..but i've to fetch my niece 1st..is that ok? 

sepanjang 30 min tu macam2 la kami bersembang..berbelit2 lidah aku speaking london okey!!
nasib baik la ada my niece (fyi, she's a english teacher..sebab tu bawa dia jadi peneman..hehe)
Natalia memang friendly sangat2..so,kami pun harus la membalas ke'friendly'an itu.. :D

btw, nama dorg ialah Natalia and Alias..they are from Poland..they quit their job at UK and travel around the world..travel the cheapest way as they said..(tumpang orang nda payah bayar. stay tempat murah and makan yang murah2)..dorg sudah pergi China,Vietnam,Brunei,Malaysia & in 2 days time (time tu la kan)..dorg akan fly to Indonesia..awesome kan?? now, only GOD knows where they are.. :)

1 hari nanti..aku pun akan kejar impian aku untuk travel around the world..insyaAllah.. :)

dipendekkan cerita --> padahal sudah panjang berjela kami just drop dorg di stesen keretapi Beaufort.. :)


oh ya..natalia also talk about this awesome website..check it out! www.couchsurfing.org
.............................................................................................................................................

so, sama ada niat aku ni dipandang mulia atau pun dianggap bodoh..terpulang pada pendapat masing2..
yang penting, wish-list aku yang ini sudah boleh 'tick'.. :8

dalam perjalanan balik Beaufort-Siptang-Sindumin..
Amy said to me..i'm proud of u Tan!! --> me too..ahaks~

*note : kalau orang tempatan, aku nda berani tolong sebab takut kena tipu and kena rompak.. :(

"I LOVE MALAYSIA & PROUD TO BE MALAYSIAN"

adios..end.

Wednesday, 16 May 2012

..Selamat Hari Pendidik..

Salam..Hola!

*Note ini macam berbaur sikap tidak puas hati..tetapi, ketahuilah bahawasanya..
ia hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja..hati jgn jadi kecik aahh baca ini note..
renung2kan dan selamat beramal.. :D

.........................................................................................................................................................

Saya hanya ingin brkongsi pandangan dan pendapat mengenai sambutan hari guru..

Semua org tau tarikh 16 Mei setiap tahun adalah Hari Guru dan disambut sgt2 meriah di sekolah seluruh Malaysia.
Siap ada peringkat lg..peringkat sekolah, daerah, negeri dan paling tinggi, peringkat kebangsaan..
ibu bapa, murid2 @ pelajar bertungkus lumus sediakan hadiah utk guru2 yang mengajar..

Kebiasaannya, bila sebut Guru..org akan refer kepada cikgu, ustaz @ ustazah..betul kn? nda kisah la sekolah rendah ka sekolah menengah..

Tetapi, pernahkah anda terpikir dan sedar akan kewujudan golongan pendidik yang lain??
contohnya?? Pensyarah! Lecturer! --> kan tiada Hari Pensyarah.. :(

disebabkan Pensyarah bukan dipanggil sebagai cikgu..
so, kurang la penghormatan dan ucapan..
"Selamat hari Guru", "Terima Kasih Cikgu" kepada golongan ni..
bukan la tiada langsung, ada juga yang ingat dengan saya..
(aik!! saya?? paham2 sendiri la yang mana kenal saya tu..)

bukan la terlalu mengharap dengan ucapan..tapi, ingatan dan penghargaan dari bekas anak murid tu sgt besar ertinya..boleh buat jiwa dan raga di awang2an..hidung kembang kuncup kebanggaan..rasa semangat semacam gitu..hehe..

so, point yang saya cuba sampaikan di sini ni ialah.........

instead of kita wish Selamat Hari Guru..kita ubah la "Selamat Hari Pendidik"..
sebab : guru, cikgu, teacher, ustaz, ustazah, pensyarah yang kita panggil cik, encik, miss, madam, prof., Dr., dan lain2 tu semuanya tenaga pengajar dan memberi ilmu kepada manusia sejagat..

sebelum saya mengakhiri bual bicara ini, izinkan saya mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua pendidik yang telah mendidik saya menjadi diri saya sekarang dan diri saya akan datang..Jasa kalian akan saya kenang hingga akhir hayat..

Akhir kata.."SELAMAT HARI PENDIDIK" kepada :
  • ex-cikgu @ SK Sindumin
  • ex-cikgu @ SMESH
  • kawan2 cikgu / pensyarah yang bekerja merata tempat
  • kawan2 pensyarah di semua politeknik
  • pensyarah2 saya @ UTHM
  • dan semua warga PENDIDIK

Sekian.

yang benar,
saya pun mo hadiah juga! *jeles sebab cikgu2 ja dapat hadiah.. :D

adios..end.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...