Thursday, June 16, 2011

..Tragedi Kerusi Hitam..

Hola..

Kisah berlaku di sebuah rumah di Kg. Hujung Padang Sindumin..

Saya ingin menceritakan kisah dua orang beradik perempuan (kakak dan adik) bersama mak mereka sedang menjamu selera di meja makan..bila memperkatakan tentang perempuan..terang lagi bersuluh la akan kejadian dan sifat perempuan yang suka bergosip..

Oleh yang demikian, mereka pun tidak terlepas dari sifat mulia itu..kenapa saya katakan mulia? pasti anda2 semua tertanya2 dan hairan bin ajaib bila saya mengeluarkan kenyataan berani mati itu bukan?? haa..jawapan saya mudah sahaja..

sifat ingin tahu dan mengambil berat akan perihal orang lain adalah baik..kenapa baik? sebab niat kita baik..jika niat kita jahat..bergosip, menabur fitnah dan menjaja cerita sana sini..maka, sifat itu adalah tidak baik..berdosa besor kate ko..

Apa yang digosipkan oleh mereka? oo..mereka berbual2 mengenai keluarga sanak saudara yang berbagai ragam..antara kisah2 yang di utarakan ketika itu adalah mengenai perkahwinan sepupu dengan sepupu..(kata orang tak elok, darah panas), perebutan harta dan macam2 lagi..(semua story mencapai tahap drama TV)

tukang pencerita adalah si kakak..manakala yang adik hanya mendengar dengan penuh kuhsyuk!!! dan mak mereka sebagai penambah perisa kepada cerita yang disampaikan oleh si kakak..

si adik mendengar kisah2 kehidupan sanak saudaranya dengan penuh minat dan semangat waja yang penuh di dada..sambil itu juga, si adik dengan girangnya bermain jongkang jongkit dengan kerusi hitam..jongkang jongkit!! jongkang jongkit!!

TIBA2!!! Prappppp!!!!! kelibat si adik hilang dengan serta merta dari pandangan semua orang..aik! ke manakah beliau pergi?? oh TIDAK!!! si adik sudah terjonkang di bawah
dengan kaki terjongkit ke atas..wahahahahahahahahahahaha!!!!! kerusi patah daa!!!! huhu..

saya tanpa berlengah lagi..mengambil gambar bahan bukti kejadian..tengok bawah ni..

pasti anda semua hairan bagaimana saya boleh berada di tempat kejadian kan?? saya adalah reporter..PASTI ADA DI MANA2!! :D

* mesti si adik tu berat sangat kan sampai kerusi tu boleh patah..

Saya yang melaporkan dari sini..

sekian..

adios..end.



3 comments:

ctk cdomp said...

adakah si adik itu sudah melebihi berat yang dibenarkan????whahahah!!!!

You Don't Have To Know (Hazeeq) said...

sape lah yg suke bergosip tu XD

intanhajilah said...

ct : wahahhaa...itu jgk la yg trlintas d fikiran si adik pd hari kejadian..huhu..

hazeeq : entah..makcik sapa la tu kn.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...